Akaun ustaztido.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Sumbangan Kebajikan Insan Ustaz Tido (KIUT)


Assalamualaikum dan Hai, 

Saya Mohd Khailil Bin Razak, atau juga dikenali sebagai Ustaz TIDO. Saya banyak bergiat dalam bidang ceramah, motivasi, kebajikan dan streamer. Saya juga merupakan seorang usahawan dan banyak mengusahakan beberapa jenis perniagaan.

Hasil dari sumbangan orang ramai dan perniagaan yang dijalankan, banyak bantuan yang disalurkan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Saya tahu, ramai antara anda yang tertanya - tanya, apa maksud TIDO kan ? Sebenarnya, TIDO adalah satu formula dalam Bahasa Arab yang saya dapat untuk menjadikan kita insan yang hebat. Apa itu TIDO

T - Taawun = Bantu Membantu, 

I - Istiqomah = Berterusan, 

D - Dakwah = Mengajak,

O - Orang = Manusia.

Dengan berpegang kepada formula ini, saya lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai asnaf dan asbab itulah saya gelarkan diri ini sebagai Ustaz TIDO supaya saya tidak lupa dengan niat dan misi saya untuk terus Istiqamah membantu Ummah.

Untuk makluman, saya tidak bergerak berseorangan. Saya mempunyai tim saya iaitu Pertubuhan Kebajikan Insan Ustaz Tido Malaysia (KIUT) yang telah didaftarkan megikut Akta Pertubuhan 1966.


Alhamdulillah, sepanjang KIUT ditubuhkan, saya dan tim banyak menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang sedang berada di dalam kesusahan. Nak tengok apa aktiviti yang telah kami jalankan ?



Terima kasih kepada anda yang juga banyak menyumbang daripada segi duit, nasihat, moral, doa dan kata - kata semangat kepada KIUT, tanpa sumbangan dan sokongan anda, KIUT tidak mampu untuk melakukan kerja amal ini berseorangan. Sejujurnya, komitmen dan amanah ini sangat besar dan berat.

Namun, saya berpegang dengan satu prinsip,

"Letih Akan Hilang,

Manfaat Akan Kekal"

Dengan prinsip ini, saya terpanggil untuk membuat satu misi yang lebih besar, iaitu ingin mendirikan KIUT Dakwah Centre.





Alhamdulillah, Fasa 1 KIUT Dakwah Centre sudah siap dibina pada April 2022.

Fasa 1 ini merupakan Pejabat Urusan, Pusat Kebajikan Asnaf dan Penyimpanan Makanan Asnaf. Misi seterusnya adalah untuk menyiapkan :


Fasa 2 : Surau KIUT Dakwah Centre berkapasiti 500 orang jemaah. Anggaran Kos RM 500,000

Pembinaan Surau ini InsyaAllah juga akan dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik 

✔️Sistem pendingin hawa yang nyaman,

✔️Sistem pembesar suara yang jelas,

✔️Permaidani dan karpet yang selesa,

✔️Menyediakan Solat Jumaat


Fasa 3 : Pembinaan Madrasah/Sekolah untuk anak - anak yang tercicir dalam pelajaran. Anggaran kos adalah RM 800,000

Pembinaan Madrasah ini InsyaAllah akan menyediakan fasiliti yang terbaik kepada anak - anak asnaf nanti

✔️ Menginap di asrama yang selesa,

✔️Subjek agama & akademik,

✔️Aktiviti jasmani & rohani

✔️Hafazan Al-Quran





JOM SAMA - SAMA KITA BERINFAK UNTUK MENDIRIKAN

KIUT DAKWAH CENTRE FASA 2 & FASA 3

&

KERJA - KERJA AMAL KIUT


Anda boleh menyumbang dengan menghulurkan seberapa wang yang anda inginkan. Banyak atau sedikit itu bukan ukuran, yang penting keikhlasan dari anda sangat kami hargai. 

Moga sumbangan anda dapat memberi manfaat berpanjangan dan pahala berterusan.


Jangan lupa doakan saya dan KIUT untuk terus kuat dalam perjuangan ini ye. Terima Kasih :)



Terms & ConditionPrivacy PolicyCancelation & Refund Policy,